Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH
keluar dari JASAD, mereka akan
terbahagi kepada dua kelompok.
Kelompok pertama adalah ROH LALAI,
yakni orang Islam yang tidak solat dan
jarang beramal soleh tetapi
menyangka mereka jauh lebih baik
dari orang yang beramal soleh dan
sering pula menghina para ulama
yang tidak sehaluan dengan mereka
selain orang-orang kafir, manakala
kelompok kedua adalah ROH
BERIMAN.
ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad
akan terus diperlihatkan neraka
jahannam dan mereka terperanjat lalu
menangis ketakutan seraya
berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku
dahulu mengerjakan (amal soleh)
untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)
Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar
dari jasad terus dibawa melalui 7
lapisan langit dengan haruman kasturi
sehingga berpandangan para penghuni
langit seraya memberi salam kepada
roh itu. Dibawa malaikat Izrael
sehingga roh itu berhadapan dengan
Allah Swt, lantas Allah berfirman:
Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah
kepada Tuhanmu dengan hati yang
puas lagi diredhai-Nya (28). Maka
masuklah ke dalam jemaah hamba-
hamba-Ku (29) dan masuklah ke
dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27,
28, 29)
Selepas melihat balasan syurga yang
bakal diterimanya pada hari kiamat
kelak, roh dibawa semula kepada
jasad ketika proses mengkafan
jenazah, dan kemudian dibawa ke
kubur untuk SOAL KUBUR. Mati itu
benar, soal kubur itu juga benar.
KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR DARI JASAD.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar